Thursday, March 17, 2011

~~Cerita Kehidupan~~

Saja nak share dengan kengkawan satu cerita yang sangat menarik dan penuh dengan nilai moral yang perlu kita sedari dan contohi. Semoga cerita ini menjadikan kita seorang anak yang bersyukur walaupun hari ini kita seorang Pengurus Besar atau Senior Engineer dan ayah dan ibu kita hanya seorang buruh kasar atau pemotong getah sahaja… Enjoy this story…

Seorang pemuda yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang telah pergi memohon salah satu jawatan pengurusan di sebuah syarikat yang terkemuka. Dia telah lulus temuduga fasa pertama, dan Director akan memanggilnya untuk hadir temuduga terakhir dan akan membuat keputusan. Director itu telah menyedari dari Resume, dia mempunyai rekod yang cemerlang di sepanjang pengajian akademiknya, dari sekolah menengah sehinggalah ke pengajian postgraduate nya, dia tidak pernah gagal dan sentiasa lulus dengan cemerlang. Jadi Director bertanya, “ Adakah awak menerima mana-mana biasiswa semasa belajar?” dah pemuda itu menjawab “Tidak”.

Direktor tersebut bertanya lagi, “Adakah bapa awak yang membayar segala perbelanjaan dan yuran sekolah awak?” Pemuda tersebut pun menjawab, “Ayah saya telah meninggal dunia sejak saya berumur satu tahun lagi, ibu saya yang membayar segala perbelanjaan dan yuran sekolah saya.”

Direktor bertanya, “Di manakah ibu awak bekerja?” Pemuda tersebut menjawab, “Ibu saya bekerja dengan mengambil upah membasuh baju.” Kemudian, Direktor tersebut meminta pemuda tersebut menunjukkan tangannya. Pemuda tersebut terus menunjukkan kedua-dua belah tapak tangannya yang sangat lembut dan sempurna itu.

Direktor tersebut bertanya, “Awak tidak pernah membantu ibu awak membasuh baju?” Pemuda tersebut menjawab, “ Tidak pernah, ibu saya hanya mahukan saya belajar dan membaca buku. Lagipun, ibu saya membasuh baju lebih laju n cekap dari saya.”

Direktor tersebut berkata, “Saya ada permintaan. Bila awak balik ke rumah nanti, sila basuhkan tangan ibu awak, dan esok pagi datang berjumpa saya.” Pemuda itu merasakan dia mempunyai peluang yang tinggi untuk jawatan baru itu. Bila dia pulang ke rumah, dengan rasa gembira dari ibunya untuk dia membersihkan tangan ibunye.

Ibunya terkejut dan merasa hairan, gembira tapi dengan perasaan yang bercampur baur, dia menunjukkan tangan dia kepada anaknya. Pemuda tersebut membasuhkan tangan ibunya dengan penuh cermat dan perlahan-lahan. Dia mengalirkan airmatanya semasa membasuhkan tangan ibunya. Inilah pertama kali dia menyedari betapa kasar dan berkedutnya tangan ibunya dan terdapat banyak parut di tangan ibunya. Dan adakala parut itu sangat memedihkan sehingga ibunya menjerit kecil kesakitan apabila terkena air. Inilah pertama kali, pemuda tersebut menyedari bahawa kedua belah tangan itulah yang telah membasuh pakaian setiap hari bagi menyara perbelanjaan dan yuran pembelajarannya selama ini. Semua parut di tangan ibunya itulah harga yang perlu dibayar untuk graduasinya, segala pencapaiannya yang cemerlang dan untuk masa depannya. Selepas selesai membasuh tangan ibunya, pemuda tersebut terus membasuh semua pakaian yang masih tertinggal. Pada malam itu, ibu dan anak itu menghabiskan masa yang sangat lama sambil bercerita.

Pagi esokya, pemuda tersebut datang ke pejabat Pengarah terbabit.

Pengarah tersebut menyedari ada titisan air mata di mata pemuda tersebut, lalu dia bertanya: “Boleh awak beritahu saya apa yang awak telah lakukan dan telah pelajari di rumah awak semalamPemuda tersebut menjawab, “Saya telah membersihkan tangan ibu saya, dan telah membasuh lebihan pakaian yang tinggal” “Jadi, apa yang awak rasakan?” Pengarah tersebut bertanya semulaPemuda itu berkata, pertama, saya tahu apa itu penghargaan. Tanpa ibu saya, tiada lah saya yang berjaya pada hari ini. Keduanya, dengan bekerja bersama dan membantu ibu saya, baru saya tahu betapa susahnya dan sukarnya untuk mendapatkan sesuatu itu. Yang ketiga, saya tahu menghargai kepentingan dan betapa pentingnya perhubungan kekeluargaan itu.

Pengarah tersebut berkata, “ Inilah yang saya cari untuk menjadi Pengurus saya. Saya mahu melatih seseorang yang boleh menghargai pertolongan orang lain, seseorang yang tahu betapa sukar dan payahnya melakukan sesuatu itu sehingga berjaya/siap, dan seseorang yang tidak meletakkan duit sebagai matlamat dalam hidupnya. Kamu diambil bekerja. Kemudian, pemuda ini telah bekerja dengan keras, dan menerima penghormatan dari rakan sekerjanya. Semua orang gembira bekerja bersama pemuda tersebut. Syarikat juga semakin bertambah maju.

Seorang anak, yang dilindungi dan diberikan apa sahaja kemahuannya, akan membina sikap “entitlement mentality” dan akan meletakkan dirinya yang pertama. Dia akan menidakkan usaha kedua ibubapanya. Bila dia mula bekerja, dia akan mengandaikan semua orang mesti mendengar kata-katanya, dan bila dia menjadi pengurus, dia tidak tahu kesengsaraan orang bawahannya dan akan sentiasa menyalahkan orang lain. Manusia yang begini, mungkin dia bijak dalam akademiknya, dan mungkin berjaya seketika sahaja, tapi dia tidak akan rasa apa itu pencapaian. Dia sentiasa merungut dan penuh dengan kebencian dan selalu mahukan yang lebih sahaja. Jika kita adalah ibu bapa yang terlalu melindungi, adakah kita menunjukkan kasih sayang sebenar atau kita hanya merosakkan anak kita?..

Kita boleh membesarkan anak dalam rumah yang besar, makan makanan yang terbaik/mahal, belajar piano, menonton LED tv. Tapi bila kita memotong padi, biar mereka juga rasa pengalaman itu. Selepas makan, ajar mereka membasuh pinggan mereka sendiri. Ini bukan bermakna kita tak mampu menggaji pembantu rumah, tapi ini kerana kita sayangkan mereka dengan cara yang betul. Kita mahu mereka tahu dan sedar bahawa betapa kaya pun ibu bapa mereka, satu hari nanti rambut kita akan beruban, seperti ibu pemuda tersebut. Apa yang paling penting, anak-anak kita belajar menghargai usaha dan kepayahan dan belajar bekerja bersama dengan orang lain dengan baik untuk menghasilkan sesuatu kerja.

Ooo I Love my parents. Thanks Mak n Ayah…kerana sejak kecil mengajar untuk membina hidup supaya sentiasa menjadi lebih baik…

Tuesday, March 15, 2011

Bengang~~Sengal~~Geram~~

Semua perasaan di atas adalah milik saya hari ini....sekian terima kaih ye....

Apa nak buat untuk kurangkan bengang, sengal dan geram....tak tau nak buat apa....masa2 macam nie la setan ni suka menghasut kan....mcm2 ada dipikiran nie...sabo je la...hmmm

Apapun, nak sambung buat keje...layan sangat kang makin bertambah2 plak...

bubbye...wassalam~~~

Friday, January 7, 2011

Review Perbelanjaan ke Krabi

Assalamualaikum...

Ada kawan2 tanya review perbelanjaan ke Krabi...Okey, im just give all of you a rough expenses (not soooo details etc makan RM2.20)...I'm a planner for Krabi trip with my frens bcoz Krabi dah sangat lama saya impikan sejak di secondary school lagi...So, before pergi Krabi dah travel ke Kemboja around Februari 2010...so that i got some experience how to manage my holiday....especially online booking...

1) Flight return (KLIA - Krabi - KLIA) : RM135.00
2) Transportation from airport to hotel (return) : RM20.00
2) Hotel for 4days 3 night (booking via AsiaRoom at White Sands Krabi) : RM150.00 (got 2 rooms - masa booking nie ada promotion stay 3 night got free one night and got free breakfast)
3) Tour to 1) Phi Phi Island and other 4 island with lunch n mineral water 2) Jungle trekking to Emerald Pool, Hot Spring n waterfall, Tiger Cave temple and Elephant trekking with lunch n mineral water : all this paid RM300
4)duit belanja = RM400 (makan, jalan2, souvenir) but i still got RM100 masa sampai KLIA.

Kami sangat jimat masa makan sebab tour dah ada lunch skali then malam kami hanya makan roti n biskut...for flight n hotel already booked via online so awal2 dah bayar...no need to worry masa nak pergi but one of our fren tak dapat pergi so duit flight n hotel burn la....hehehehe dia sanggup...kalau tak sanggup pun kami tak dapat buat apa...

Percutian nie kami dah rancang from November 2009 (travel time July 2010 ) since that time AirAsia got Free Seat Promotion...so, me n my frens ada main kutu, so duit tu I guna untuk travel...rasanya kalau anda yakin dengan tempat yang anda nak pergi, tak perlu guna kan travel agency sebab kitakan budget traveller so that kene la pandai2 budget...

Satu tips lagi, kalau travel ke luar negara for handphone, better pakai plan phone tempatan tmpt tu sebab sangat la mahal kalau roaming... Ini tips, anda sangat perlukan phone semasa travel then bila dah sampai jek, wajib inform waris di Malaysia the phone number...me n my frens thought we dont want anyone in Malaysia tahu our phone number there but since untuk keselamatan kami anak2 dara nie, so kami britau jgk la...hehehehehe jgn sombong sangat yek...

Lepas nie, rancangan adalah Kota Kinabalu and maybe Surabaya Mount Bromo (kene bawak en.hubby huhuhuhu)....hohohohoho tak minat sangat tempat shopping, saya sangat cintakan alam semulajadi....semoga Allah memberikan kesempatan kepada saya dan kawan2...berjalan la ke mana sahaja kerana jauh perjalanan luas lah pandangan kita melihat keindahan ciptaan Ilahi...

Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah~~~Allah telah memberi kesempatan kepada saya

Alhamdulillah...saya memanjat kesyukuran ke atas Ilahi kerana Dia memberikan kesempatan kepada saya... nanti saa update lg ye...tengah banyak keje sebab baru balik dari bercuti... sementara itu, layan gambar2 di bawah...semua dari OP saya masa hari persandingan di Johor dan Sungai Besar, Selangor...


Thursday, September 2, 2010

Hari Ketiga ~ Jungle Trekking ~

Hari ni merupakan hari ketiga saya di Aonang, Krabi...hari ketiga nie kami ambil trip Jungle Trekking ke beberapa tempat termasuklah Elephant trekking skali...so pagi2,macam biasa kami keluar untuk breakfast dalam jam 7.30pg...sebab 8.30pg dah ada orang ambil kami untuk memulakan perjalanan...yeaaaahhh, hari nie kami terus jek order scramble egg takde pork then chicken hotdog...


Rutin sarapan kami...kene makan dengan banyak nie...nak gi trekking...hehehehe


kami sangat sukakan limau barli dia...sangat manis dan gebu...nyum nyum nyum....


ini adalah muka manusia yang dah kekenyangan...

After kami breakfast, kami terus tunggu di depan pintu hotel kami untuk aktiviti jungle trekking...dari hotel kami ke tempat pertama kami mengambil masa perjalanan dalam 1.30 jam...haiii,dengan dia pick up orang2 lain lagi...sempat lah tido n bangun semula hehehehehe...tapi best jgk, jalan2 kat area bandar Krabi...dan kami jumpa beberapa pemandangan yang menarik...macam di bawah nie...

CIMB di Krabi....

Dalam jam 10.30 pg, kami tiba di Hot Spring...kene jungle trekking skit...tapi takpe, best...tapi memang lah, mereka sangat jaga Taman Negara mereka...bersih sangat...toilet sangat cantik...lebih cantik lagi toilet mereka dari tempat kita kalau nak dibanding kan...sangat kagum dengan mereka nie...


kami berjalan menuju ke Hot Spring....bestnye mereka pergi dengan couple2 mereka...apapun, kami tetap bahagia...hahahahaha

nie pemandu pelancung kami yang sangat nakal dan sangat baik hati...tapi dia ni makan cicak n katak....huhuhuhuhuhu

nie kami mandi dalan hot spring...sangat suam dan rasa macam sauna...berpeluh2...but sangat baik untuk peredaran darah...but tak boleh lama2...nanti saya beritahu kenapa tak boleh lama2...thanks pada pemandu pelancong kami kerana sanggup jadi cameraman untuk shoot gambar2 kami...

kami yang sedang ber'sauna' alam semulajadi...sangat best...sangat panas...berpeluh2...then kami diberitahu yang dekat kolam bawah dari kolam nie, after waterfall the water was sooo cold...then, after mandi2 di kolam suam nie, kami ke kolam bawah....mcm mana ye, atas panas after dia jatuh ke kolam bawah terus jadi sejuk...

nie kami rasakan sendiri air yang panas tadi terjun di kepala then kat bawah tu sejuk plak....sangat amazing....

kolam nie sejuk macam air terjun biasa tu....tengok tu, dalam kolam yang keruh nie pun nak berenang...hehehehehe

nie la penyebabnye tak boleh mandi di Hot Spring tadi lebih 20 minit....tapi saya tak tau pun kandungan apa tu....hehehehehe
saya yang dah basah lencun...maintain beb....dah nak kuar dari hot spring and waterfall...


dia nie memang sepanjang masa maintain....kenangan selipar dia tu...

Then, kami menaiki van meneruskan perjalanan ke destinasi Emerald Pool, di sini katanya merupakan kolam2 yang maharaja mereka mandi pada zaman dulu kala kerana kolam2 nie sangat amazing...nak tengok apa yang amazing sangat?...mari layankan gambar kami di bawah ini...huhuhuhu

kami memilih untuk berjalan menggunakan jungle trekking sambil menikmati hutan khatulistiwa...rasanya hutan mereka sama saja dengan hutan di Malaysia tapi ada satu perbezaan yang sangat ketara...iaitu "TIADA SAMPAH" saya ulangi hutan simpan negara mereka sangat2 bersih okey, tiada sampah langsung sepanjang perjalanan...mereka sangat menjaga kebersihan...yela, pelancungan merupakan salah satu sumber ekonomi mereka so mereka kene la jaga sebaik nye..tapi alangkah baiknya kalau hutan2 di Malaysia pun begitu...kami pun dah perasan benda sejak trip ke Phi Phi Island lagi...huhuhuhuhu

kami di depan Emerald Pool...
sangat amazing tau...air sangat jernih...saya sangat enjoy...huhuhuhuhu

kanak2 ribena cube melompat hehehehehe
close up perenang negara...relax jek saya pakai t-shirt then swimming...ooo sangat best sampai tak kisah sunburn pun...tengah2 swimming suka tengok satu family mat salleh nie mereka holiday sama2 satu family dia bawak 4 org anak...sangat loving antara mereka...kene jadikan contoh nie...
saya yang sukakan kolam ini...suka berendam...suka berenang...huhuhuhuhu


kami yang dah kepenatan...


sebelum balik tengok nie...nak buat diving plak...hehehehehe

setelah puas berendam di dua tmpt, kami pun keluar dari Emerald Pool then menikmati makan tengahari...seperti biasa mesti ada tomyam Gong mereka...nampak simple but rasa sangat sedap...sangat kenyang kami makan hehehehehehe lepas makan kami bertolak ke Tiger Temple and after that layan Elephant Trekking...huhuhuhu

sambungan Hari Ketiga ~ Jungle Trekking ~

selepas makan tengahari yang mengenyangkan, nie kami meneruskan aktiviti ke Tiger Cave Temple...layan kan je la...niat utk melawat sahaja ye...takot jgk, but dah biasa because b4 this pergi Kemboja lagi banyak temple kan...menurut pemandu pelancong kami, gua nie dahulu nye didiami oleh seekor harimau then mereka terus menyembah harimau tu...



kami tak sanggup nak mendaki tangga yg beribu tu...tak fit dah...maaf ye,amik gambar je la...


nie di depan temple baru but tak buka lagi...tapi naga dah siap,so kami bergambar la ye...ngeh ngeh ngeh.... nak tau satu perkara, kami tak kisah pun baju yg basah tu...dari pagi pergi berendam dalam kolam la, mandi sana mandi sini...sampai petang dah balik kering baju tu...masuk van dengan basah2 pun tourist guide kami pun tak kisah...lgpun memang kami tak bawak baju lain huhuhuhu


nie posing dalam gua...hehehehe macam model gua plak...


kami di depan patung dewa mereka...amik gambar je ye...


di patung dewa2 mereka...banyak sangat...tapi canggih gua nie, dalam gua ada kipas...huhuhuhu



upacara memberi berkat kot...kami tengok dari jauh jek.... istighfar banyak2 ye...




nie membaling duit kononnye boleh bagi luck yg baik,tp kami saje je main2, tak percaya pun dengan kepercayaan mereka tu...

selepas jalan2 di Tiger Cave Temple, kami meneruskan aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu dan mengerikan iaitu Elephant Trekking...hehehehe kat bawah nie anak gajah...pandai sungguh buat aksi2 yang comel...ngeh ngeh ngeh apapun saya tetap taku dengan binatang ini sebab mereka sangat besar n menggerunkan...




tengok gambar pun dah tau kan...saya memang penakot dengan gajah...gambar pun jauh2 jek...




nie kami atas gajah...pengalaman menaiki gajah nie sangat la menakotkan sebab bila dia nak turun bukit atau naik bukit tu...aduyaiii macam nak tercampak ke bawah...lagi satu yang mengerikan masa dia nak makan, rasa macam nak terbalik ke belakang jek....Gajah yang kami naiki nama dia David Beckham...huhuhuhu pandai gak mereka nie bagi nama kan...hehehehehe


sebelum memulakan perjalanan amik gambar dulu ye...~~~

Beckham sedang makan...kami rasa macam nak terbalik...


pegang gading gajah tu pun jauh2 jek...penakot btol la...hehehehehe habis jek aktiviti Elephant Trekking, kami terus balik ke hotel...lepas tu bukan nak rehat, kami mandi manda then keluar lagi...ye la, petang/malam nie adalah malam terakhir di Krabi/Aonang...so kami nak menikmati malam di Aonang dengan sepuas2 nye tapi sebenarnya nak shopping sepuas2nye....haaaiii, tak abis2 lagi duit nye kot...huhuhuhu

sambungan Hari Ketiga - Jungle Trekking

nie sambungan hari ketiga...lepas jek balik dari Jungle Trekking, kami kemas2, mandi manda, segarkan diri then terus siap2 nak keluar...kami nie dah kemaruk kan pancake Thailand...hehehe siap2, then keluar lagi...then kami planning tonite nak buat massage Thai sebab kami nampak massage kat sini sangat la murah...duit malaysia RM20 pun dah boleh dapat...tengok gambar bawah nie, bdak2 kemaruk dah nak kuar jalan2...jom layan gambar...



kami jalan2 then terjumpa pelukis jalanan but sangat2 cantik n artistik hasil tangan mereka...posing sikit...


tengok nie,jalan punya jalan dah gelap...memang setiap hari macam nie la kami berjalan...dari terang benderang sampai dah gelap still berjalan lagi...



bosan menunggu sorang budak tu bershopping,duduk sambil berposing...di depan kedai....hmmm sebenarnya tengah pikir berapa la duit dah abis nie...ish ish ish... cover muka dah bankrupt tu...ngeh ngeh ngeh


tengok budak tu...tengah muka tak best sebab tak dapat harga best...cannot,cannot....abang tu dah siap bungkus,apapun kene bayar jgk... bungkusan tu muat ke tak nak masuk bag pack tu?...haaiiisshhh ada yang lebih muatan kang...huhuhuhu


nie lagi sorang tengah sibuk memilih souvenir...muka serius okey nak pilih sebab nie dah tinggal berapa jek duitnye... takpe,ada lagi duit tu teruskan memilih ye...saya tolong amik gambar jek


muka bahagia sebab dah nak dapat pancake Thai...ngeh ngeh ngeh sebelum nak balik esok kami nak melantak lagi pancake Thai nie...alaaaa lempeng pastu tepek la pisang ke, kaya ke, cheese ke...buat kreatif2 sikit...

yeahhhhh~~~pancake yang sangat sedap....dah sampai dah....


sangat melazatkan....hmmmm yum yum yum~~~~


sape2 datang ke Krabi nie sila la cari pancake Thai nie ek...jgn lepas kan peluang tau...yummyyy~~

nie tengah kira duit...kira2 dah tak tau nak transfer ke duit malaysia...aduyaiiii...


pancake yang sangat di'recommend...hmmmm sedap sangat....kedai akak nie along beach side kat Aonang...ada banyak kedai pancake kat situ tp kedai nie telah di'recommend oleh seorang blogger...memang sedap....

nie kami kat tempat massage...hmmm apa la yang seronok sangat tu...yang owner tmpt massage tu pun memang terpaksa la entertain kami...ngeh ngeh ngeh


nie teh halia selepas siap massage...sangat melegakan n menyamankan~~~kami bayar RM30 untuk massage selama 1 jam menggunakan susu/aromatheraphy....bestnyeeee~~~


masing2 muka dah penat n mengantuk selepas diurut seluruh badan...tak sabar nak cari bantal n katil....hmmmm esok dah nak balik....kami akan rindukan Krabi....especially Aonang n Phi Phi Island....alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Mu Ya Allah...lepas nie nak gi mana ye....hmmmmm~~~