Thursday, November 15, 2012

Yesss!!! Wajah Baru~~~

Assalamualaikum w.b.t semua...

Alhamdulillah dapat 'touch-up' sikit wajah blog ni. Tersangat lah sibuk sekarang ini, mana nak tolong suami dengan bisnes, dengan nak memberikan tumpuan pada kerja lagi. Rasa-rasa macam nak berhenti kerja je. Tapi masih belum berani. Rasa tak terkejar semua benda, apapun kene hadapi dan enjoy dalam setiap kerja yang dilakukan.

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah...semuanya atas kehendak dan redha Mu...

Friday, October 12, 2012

Lama Sangat Terbengkalai

Assalamualaikum semua...

Maaf, sangat lama terbengkalai blog saya ni(maaf sayang yeee)...maklumlah, banyak baca blog orang tapi blog sendiri terbengkalai...seronok sangat baca blog orang lain. Untuk itu, saya nak kongsikan dengan kawan-kawan, blog yang menjadi kesukaan saya untuk dibaca samada untuk jalan-jalan ke, untuk makan-makan ke, masak-masak ke...hehehehe

Kalau nak jalan-jalan boleh pergi ke blog-blog nie BackPackerBusuk, ET, dan Aie-Sha. Mereka ni antara backpacker yang tegar, pandai rancang budget dan mereka memang kawan-kawan saya yang saya memang kenal (bukan setakat kenal di alam maya tenet ni je). Kalau ada nak tanya mereka email sahaja, mereka sangat boleh membantu.

Setakat itu sahaja la...ada beberapa trip dan catatan jalan-jalan yang saya masih tak masukkan. Bukan apa, kadang-kadang malu lak tulis sebab bukan jalan-jalan jauh pun, dalam Malaysia. Tapi mana tahu boleh tolong orang lain kan...Insyaallah, ada kelapangan saya catatkan untuk pembacaan rakan-rakan ye...

Terima kasih...nak bersihkan sawang-sawang blog kesayangan ni...


Wassalam w.b.t