Sunday, August 1, 2010

Sahabat~~~

Susahkan nak kenal n memahami sahabat/kawan nie...kadang2 mereka nie sangat spontan dan bersahaja...sampai terlepas kata2 yg mengguris hati n perasaan kawan2 yg lain...Perlu kita sekolahkan mereka untuk tidak menyinggung perasaan org lain?...Perlu ke kita pergi pada mereka dan beritahu 'aku tersinggung dengan kata2 kau...apa sebenarnya niat kau nie?' tapi rasanya tak perlu untuk katakan begitu...tapi kalau kita katakan sesuatu yg kasar terhadapat mereka nie, mereka turut tersinggung juga...dan mereka mahukan kita fahami mereka...tapi mereka sendiri tak memahami orang lain...

Apapun,dalam dunia ini Allah jadikan semua benda adil...jadi untuk orang memahami kita, kita perlu untuk memahami mereka...baharulah,manusia lain atau kawan yg lain akan memahami kita...Satu lagi,apa yang saya belajar,hidup perlukan 'give and take' bukan hanya perlu memberi dan bukan hanya perlu menerima...so, ada masa kita perlu memberi kepada org lain dan adakalanya kita perlu juga menerima...memang bukan mudah bagi yg tak biasa tapi bukan la susah sangat...sebab hidup nie 'karma'...

Tapi kehidupan memang begitu...tak semuanya memahami kita...mungkin hanya segelintir yang tak faham situasi atau tak mahu memahami...kerana bagi mereka mungkin mereka tak perlukan kawan lain...Tapi percayalah, kita masih ada kawan yang mahu dan sangat memahami kita...saya sayang kawan2 saya...

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah segala yang terbaik untuk kawan2 yang sentiasa di sekeliling ku...

"kerana Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Penyayang"

No comments:

Post a Comment