Thursday, March 17, 2011

~~Cerita Kehidupan~~

Saja nak share dengan kengkawan satu cerita yang sangat menarik dan penuh dengan nilai moral yang perlu kita sedari dan contohi. Semoga cerita ini menjadikan kita seorang anak yang bersyukur walaupun hari ini kita seorang Pengurus Besar atau Senior Engineer dan ayah dan ibu kita hanya seorang buruh kasar atau pemotong getah sahaja… Enjoy this story…

Seorang pemuda yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang telah pergi memohon salah satu jawatan pengurusan di sebuah syarikat yang terkemuka. Dia telah lulus temuduga fasa pertama, dan Director akan memanggilnya untuk hadir temuduga terakhir dan akan membuat keputusan. Director itu telah menyedari dari Resume, dia mempunyai rekod yang cemerlang di sepanjang pengajian akademiknya, dari sekolah menengah sehinggalah ke pengajian postgraduate nya, dia tidak pernah gagal dan sentiasa lulus dengan cemerlang. Jadi Director bertanya, “ Adakah awak menerima mana-mana biasiswa semasa belajar?” dah pemuda itu menjawab “Tidak”.

Direktor tersebut bertanya lagi, “Adakah bapa awak yang membayar segala perbelanjaan dan yuran sekolah awak?” Pemuda tersebut pun menjawab, “Ayah saya telah meninggal dunia sejak saya berumur satu tahun lagi, ibu saya yang membayar segala perbelanjaan dan yuran sekolah saya.”

Direktor bertanya, “Di manakah ibu awak bekerja?” Pemuda tersebut menjawab, “Ibu saya bekerja dengan mengambil upah membasuh baju.” Kemudian, Direktor tersebut meminta pemuda tersebut menunjukkan tangannya. Pemuda tersebut terus menunjukkan kedua-dua belah tapak tangannya yang sangat lembut dan sempurna itu.

Direktor tersebut bertanya, “Awak tidak pernah membantu ibu awak membasuh baju?” Pemuda tersebut menjawab, “ Tidak pernah, ibu saya hanya mahukan saya belajar dan membaca buku. Lagipun, ibu saya membasuh baju lebih laju n cekap dari saya.”

Direktor tersebut berkata, “Saya ada permintaan. Bila awak balik ke rumah nanti, sila basuhkan tangan ibu awak, dan esok pagi datang berjumpa saya.” Pemuda itu merasakan dia mempunyai peluang yang tinggi untuk jawatan baru itu. Bila dia pulang ke rumah, dengan rasa gembira dari ibunya untuk dia membersihkan tangan ibunye.

Ibunya terkejut dan merasa hairan, gembira tapi dengan perasaan yang bercampur baur, dia menunjukkan tangan dia kepada anaknya. Pemuda tersebut membasuhkan tangan ibunya dengan penuh cermat dan perlahan-lahan. Dia mengalirkan airmatanya semasa membasuhkan tangan ibunya. Inilah pertama kali dia menyedari betapa kasar dan berkedutnya tangan ibunya dan terdapat banyak parut di tangan ibunya. Dan adakala parut itu sangat memedihkan sehingga ibunya menjerit kecil kesakitan apabila terkena air. Inilah pertama kali, pemuda tersebut menyedari bahawa kedua belah tangan itulah yang telah membasuh pakaian setiap hari bagi menyara perbelanjaan dan yuran pembelajarannya selama ini. Semua parut di tangan ibunya itulah harga yang perlu dibayar untuk graduasinya, segala pencapaiannya yang cemerlang dan untuk masa depannya. Selepas selesai membasuh tangan ibunya, pemuda tersebut terus membasuh semua pakaian yang masih tertinggal. Pada malam itu, ibu dan anak itu menghabiskan masa yang sangat lama sambil bercerita.

Pagi esokya, pemuda tersebut datang ke pejabat Pengarah terbabit.

Pengarah tersebut menyedari ada titisan air mata di mata pemuda tersebut, lalu dia bertanya: “Boleh awak beritahu saya apa yang awak telah lakukan dan telah pelajari di rumah awak semalamPemuda tersebut menjawab, “Saya telah membersihkan tangan ibu saya, dan telah membasuh lebihan pakaian yang tinggal” “Jadi, apa yang awak rasakan?” Pengarah tersebut bertanya semulaPemuda itu berkata, pertama, saya tahu apa itu penghargaan. Tanpa ibu saya, tiada lah saya yang berjaya pada hari ini. Keduanya, dengan bekerja bersama dan membantu ibu saya, baru saya tahu betapa susahnya dan sukarnya untuk mendapatkan sesuatu itu. Yang ketiga, saya tahu menghargai kepentingan dan betapa pentingnya perhubungan kekeluargaan itu.

Pengarah tersebut berkata, “ Inilah yang saya cari untuk menjadi Pengurus saya. Saya mahu melatih seseorang yang boleh menghargai pertolongan orang lain, seseorang yang tahu betapa sukar dan payahnya melakukan sesuatu itu sehingga berjaya/siap, dan seseorang yang tidak meletakkan duit sebagai matlamat dalam hidupnya. Kamu diambil bekerja. Kemudian, pemuda ini telah bekerja dengan keras, dan menerima penghormatan dari rakan sekerjanya. Semua orang gembira bekerja bersama pemuda tersebut. Syarikat juga semakin bertambah maju.

Seorang anak, yang dilindungi dan diberikan apa sahaja kemahuannya, akan membina sikap “entitlement mentality” dan akan meletakkan dirinya yang pertama. Dia akan menidakkan usaha kedua ibubapanya. Bila dia mula bekerja, dia akan mengandaikan semua orang mesti mendengar kata-katanya, dan bila dia menjadi pengurus, dia tidak tahu kesengsaraan orang bawahannya dan akan sentiasa menyalahkan orang lain. Manusia yang begini, mungkin dia bijak dalam akademiknya, dan mungkin berjaya seketika sahaja, tapi dia tidak akan rasa apa itu pencapaian. Dia sentiasa merungut dan penuh dengan kebencian dan selalu mahukan yang lebih sahaja. Jika kita adalah ibu bapa yang terlalu melindungi, adakah kita menunjukkan kasih sayang sebenar atau kita hanya merosakkan anak kita?..

Kita boleh membesarkan anak dalam rumah yang besar, makan makanan yang terbaik/mahal, belajar piano, menonton LED tv. Tapi bila kita memotong padi, biar mereka juga rasa pengalaman itu. Selepas makan, ajar mereka membasuh pinggan mereka sendiri. Ini bukan bermakna kita tak mampu menggaji pembantu rumah, tapi ini kerana kita sayangkan mereka dengan cara yang betul. Kita mahu mereka tahu dan sedar bahawa betapa kaya pun ibu bapa mereka, satu hari nanti rambut kita akan beruban, seperti ibu pemuda tersebut. Apa yang paling penting, anak-anak kita belajar menghargai usaha dan kepayahan dan belajar bekerja bersama dengan orang lain dengan baik untuk menghasilkan sesuatu kerja.

Ooo I Love my parents. Thanks Mak n Ayah…kerana sejak kecil mengajar untuk membina hidup supaya sentiasa menjadi lebih baik…

No comments:

Post a Comment