Thursday, March 28, 2013

Kota Kinabalu 4hari 3malam

Assalamualaikum w.b.t

Hari Pertama
     Lama betol entry nie tertunggak. Ni pun tulis sebab rindu sangat masa jalan-jalan di Kota Kinabalu. Mari kita mulakan. Kami bergerak awal pagi sebab kene check-in dalam jam 7pg tapi saya dah buat web check-in tapi tetap kene check-in awal sebab ada luggage nak check-in. Kami tinggalkan kereta di rumah sepupu di area Salak Tinggi dan dia menghantar kami ke LCCT sebab kami ambil penerbangan AirAsia. Harga tiket reutrn untuk dua orang adalah RM115 (tak silapla). Dah beli dari sebelum kawen lagi, rasanya ada peram dalam 7-8bulan. Saya dah uruskan penginapan dan kereta sewa di sana secara online/email. Tiba saje kami di airport KK, terus hubungi kereta sewa tapi dia akan datang hantar kereta sekitar jam 11pg. Jadi saya dan suami berjalan-jalan sekitar airport dan kaut semua pamplet/brochure berkaitan bandar KK dan tempat2 menarik. Tepat jam 11pg, kami dapat kereta kami. Setelah pembayaran dibuat kami terus meronda bandar KK. Tempat pertama kami singgah adalah di kawasan pasar Filipina. Memang ramai rakyat Filipina rasanya, dan yang paling menarik di salah saatu pasar yang banyak menjual gelang-gelang/rantai2/perhiasan wanita, di luar pasar tersebut terdapat sederet lelaki dengan mesin jahit. Jadi, kalau anda ada nak alter baju/seluar memang diorang nie boleh terus jahit kan. Manalah tahu, puas berjalan terkoyak plak seluar ke, datang kat pasar nie, ada orang boleh jahit kan. Dan yang paling menarik 100% lelaki yang menjahit. Kami tak nampak plak perempuan.

 Di luar Pasar Kraftangan...kedai jahit yang open...

 En.Suami dengan En.Bumblebee...comelkan kereta sewa kami...hehehehe

     Lepas puas meronda di pasar, kami terus ke Cititel Hotel untuk check-in. Kami berehat dan solat jama' skali. Petang nanti kami ada temujanji dengan kawan lama so kami decide baru nak makan masa tu sebab kami pun dah makan masa dalam flight pagi. Selepas jumpa kawan yang agak lama sampai masuk waktu Maghrib, kami terus ke masjid negeri untuk solat dan terus solat jama' skali. Balik terus makan seafood bakar di pasar Filipina dan setelah mengisi perut, kami terus balik ke hotel untuk berehat. Sebab esok pagi kami perlu memulakan perjalanan di awal pagi sebab jauh perjalanan kami.

Terliur tak???....lobster tu harga dia RM120 rasanya...tapi kene pandai pilih, takot mereka bakar semula...untuk selamat, pilih yang belum masak untuk mereka masak yang baru...


   
Hari Kedua
     Hari kedua, kami memulakan perjalanan seawal 7pg setelah selesai solat Subuh. Kami bawa beberapa pakaian sebagai plan B. Manalah tahu nak tidur di Kundasang. Target kami adalah melawat kaki Gunung Kinabalu, Memorial Kundasang Park, Hot Spring, Canopy Walk dan jika ada masa nak pergi Desa Dairy Farm. Kami singgah di rumah kawan lama untuk bersarapan kemudian kami bertolak menuju ke kaki gunung Kinabalu. Dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang, kami singgah di Pekan Nabalu untuk menikmati keindahan pemandangan gunung Kinabalu. Suasana dah semakin sejuk dan ramai juga pelancung yang singgah di sini.
 Kami yang dalam mood 'honeymoon'

 Cantikkn pemandangan dari menara tinjau di Pekan Nabalu

 Ramai pelancung juga~~~

 Ikan pekasam kot tapi cara mereka...

Pintu masuk ke Gunung Kinabalu...tak pergi pun pintu gate Timpohon...takut Bumblebee senak naik bukit sebab mencanak...    

     Setelah puas mengambil gambar untuk dijadikan kenangan, kami meneruskan perjalanan untuk ke kaki Gunung Kinabalu. Kami tiba dalam waktu tengahari, keadaan sekeliling sangat sejuk namun, tak banyak dapat kami lihat. Bukan dapat tengok gunung pun, tapi pemandangan di Pekan Nabalu sangat2 tidak menghampakan. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Hot Spring dan Canopy Walk yang sememangnya agak jauh dari Gunung Kinabalu. Rasa ada dalam satu jam perjalanan. Penunjuk arah memang sangat terhad. Kita akan jumpa penunjuk arah ini kalau dah dekat2 dengan tempat tersebut. Jadi, kita perlu tahu untuk ke Kundasang contohnya kita perlu melalui pekan apa kemudian pekan apa. Hot Spring dan Canopy Walk berada pada tempat yang sama cume, perlu bayar tiket berlainan. Kami tiba di Hot Spring terus kami berendam kaki dalam kolam. Air sangat la panas, dan perlu buka paip air sejuk supaya takdelah melecur kaki budak comel nie. Kolam2 di sini dah di upgrade kepada kolam yang agak komersil. Berbanding masa saya pergi Krabi dulu, air panas dia memang betul2 semulajadi di celahan air sungai dan batu sungai. Boleh refer di entry ini.

 Kolam di Hot Spring yang telah dikomersilkan~~~

 Kaki kami yang berendam...sungguh melegakan...

     Kemudian, kami menuju ke Canopy Walk. Kami perlu membayar harga tiket termasuk harga tiket untuk kamera yang dibawa. Untuk ke Canopy Walk kami perlu mendaki, bukanlah tinggi sangat tapi mncungap juga nak naik hehehehe. Yela, Canopy Walk kan berada di antara pokok2 yang tinggi jadi perlulah mendaki. Dalam tengah mendaki hujan renyai2 pula, kami beli ponco tapi lupa nak pakai. Bila tiba di platform pertama untuk memulakan Canopy Walk, depan kami ada sekumpulan pelancung Jepun. Mereka berjalan, kemudian diikuti oleh saya kemudian en.suami. Yang amat menggayatkan adalah bila berada di tengah2 canopy walk dan pokok pula bergoyang2. Menjerit seketika en.suami. Terus saya cakap jangan tengok bawah nanti pshycho je lebih. En.suami memang seorang yang gayat. Bila transit di antara pokok, ada platform, seriau sangat sebab pokok kan, so akan rasa lah goyang2 lagi2 kalau berangin. Paling mencabar adalah canopy walk yang ketiga dan antara yang terpanjang. Tapi kami dapat lalui sampai akhir. Tapi ada juga drama dari en.suami yang hendak patah balik semula semasa di platform pokok kedua untuk ke canopy walk kedua.
 
En.suami yang sangat berhati-hati~~~puas cakap jangan tengok bawah

     Selesai kami di canopy walk, kami ke pekan Ranau mencari surau untuk jama' Zuhur dan Asar kemudian perut bekeroncong jadi kami ke kedai berhampiran membungkus nasi goreng ayam. Selepas selesai semua urusan, kami meneruskan perjalanan ke Mesilau, Kundasang untuk mencari Desa Dairy Farm. Tiba di kawasan Mesilau, kami tak dapat mencari punca jalan masuk kerana jalan di situ sangat pesat dibangunkan. Setelah bertanya dengan beberapa penduduk di situ kami berjaya berjumpa simpang tersebut. Di awal simpang ada Memorial Park, jauh jugak masuk ke dalam untuk jumpa Desa Dairy Farm. Jalan yang sama juga boleh menuju ke Mesilau Nature Park. Ada dalam 15minit, kami jumpe simpang masuk ke Desa Dairy Farm dan dalam 5 minit kita akan sampai ke ladang lembu yang seumpama ladang lembu New Zealand. Sangat cantik...Subhanallah...Subhanallah...

 Papan tanda simpang masuk ke ladang Desa Dairy Farm...kabus dan sudah tentulah sangat sejuk...

Jalan masuk ke ladang yang berbatu, tidak bertar...kabus yang sangat tebal...

     Kami tiba masa tu tengah hujan renyai2, jadi kabus sangat tebal dan sudah tentulah sangat sejuk...tapi ada perkara yang tidak best, en.suami macam sakit perut, dan sebenarnya dia memang dah sakit perut dari pagi cuma tidak dilayan sangat. Tapi bila dah semakin petang nie, perut dia semakin tidak selesa. So, kami berehat di kilang susu lembu di ladang lembu nie. Kami sempat makan makanan yang dibeli di pekan Ranau tadi dan membeli susu segar di kilang. Tengok macam mana mereka memerah susu lembu, lembu2 beratur untuk diperah susu kemudian, masuk semula ke kandang. Yang penting pemandangan sangat cantik, ladang yang sejuk, dipenuhi kabus ala2 New Zealand gitu. Dan paling penting ladang nie betol2 berada di kaki Gunung Kinabalu. Pemandangan, sngat cantik...Subhanallah....layan lah gambar di bawah ni...

 Pemandangan di hadapan kilang memproses susu...

 Ladang lembu berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu...penuh kabus sebab baru lepas hujan...

 Negeri di bawah bayu...

 Pemandangan jelas selepas hujan...
Subhanallah...sangat cantik...rindu rasanya...

     Saya sibuk mengambil gambar tetapi en.suami rupanya sibuk keluar masuk toilet. Muntah-muntah dan cirit-birit. Kami keluar dari kawasan ladang dalam jam 6ptg, dan perancangan awal memang nak balik ke KK tapi memandangkan en.suami yang semakin serius sakit perut nye, sebelum keluar ke jalan besar, kami berjumpa The Cottage Hotel, setelah berbincang harga tawar-menawar, kami terus check-in tapi semasa saya sibuk tawar-menawar, en.suami sudah ke tandas untuk muntah. Masuk sahaja bilik, saya suruh en.suami berehat, saya cube untuk mencari panadol di hotel tapi tidak disediakan. First aid kit pun tiada. Saya sangat kecewa, tapi berbekalkan semangat, saya terus menyediakan air selawat, bacakan ayat Kursi. Alhamdulillah, malam itu juga, suhu badan en.suami turun dan dia dapat tidur dengan nyenyak. Sakit perut dan muntah2 pun tiada. Alhamdulillah...sempat juga telefon mak di rumah untuk minta petua. Kata mak mungkin dia ada tegur apa2 sebab jalan2 dalam hutan. So mak pesan untuk selawat, baca 3 Qul, ayat Kursi jangan putus. Haiiiii sangatlah risau hati saya malam itu. Saya tekad, esok mesti bawak en.suami ke klinik desa berhampiran.

Hari Ketiga
     Bangun tidaklah seawal mana, kejut en.suami untuk solat Subuh (agak lewat sebenarnya) mungkin saya pun penat sebab semalam seharian berjalan sana sini. Buka tingkap bilik, MasyaAllah...Subhanallah...cantiknyeeee...pemandangan kaki Gunung Kinabalu... saya pandang ke bawah, saya nampak ada klinik desa sebab nampak nurse datang bekerja. Alhamdulillah...dekat sangat. Saya tanyakan en. suami kalau mahu ke klinik. Tapi dia kata hanya mahu berehat dan melelapkan mata semula. Saya minta room servis roti bakar, milo panas dan mee goreng. Kami bersarapan di bilik, en.suami terus berehat dan kami check out dalam 12 tengahari menuju ke Kota Kinabalu.

 Bilik yang sangat besar, selesa, kerana alasan kami honeymoon saya dapat semalam RM100 beserta percuma sarapan pagi...alhamdulillah...

Inilah hotelnya, The Cottage Hotel...kalau nak ke Mesilau Nature Resort/Desa Dairy Farm mesti jumpa hotel nie dulu.
     
     Kami tinggalkan Kundasang dengan seribu kenangan. Pahit dan manis. Inilah pertama kali pengalaman saya menjaga suami sakit. Hati sangat gundah gulana. Sebelum memulakan perjalanan, saya singgah di kedai runcit untuk beli air 100 Plus untuk en.suami. Sebab semalam dah banyak kali dia muntah dan cirit birit. Saya sangat sukakan Kundasang dan Mesilau khasnya, sebab sangat nyaman, sejuk dan aman. Mungkin saya cintakan keindahan semulajadi. dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, saya dan en.suami singgah di pekan Tamparuli untuk melihat sendiri Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan yang suatu ketika dulu menghubungkan masyarakat setempat, sebab tiada jambatan lain. Sungainya sangat cantik, jambatan pun sangat cantik. Sekarang untuk kenderaan sudah ada jambatan tetapi satu hala sahaja.

 Jambatan sehala untuk kenderaan...yang sebelah kanan atas tu la Jambatan Gantung Tamparuli

 Tamparuli Suspension Bridge

Jambatan Gantung Tamparuli...tangan tu tak boleh lepas pegang tepi hehehehehe

     Kami tiba di bandar Kota Kinabalu agak lewat, kami terus bungkus KFC saja. En.suami fobia nak makan diluar. Bungkus KFC dan kami balik ke hotel dan menunaikan solat serta terus berehat. Waktu malam kami keluar untuk makan ikan bakar dan beli minum air kegemaran kami iaitu Jus Avocado. Sangat sedap jus ini. Selesai makan kami berjalan mencari souvenir kerana ini malam terakhir kami di sini. Esok malam sudah mahu pulang ke Semenanjung. Beli lah apa yang termampu untuk ahli keluarga dan sahabat. Kami tidak membeli souvenir di pasar Filipina sebaliknya kami beli di pasar malam di tengah2 bandar. Lupa pula nama pasar malam tersebut tetapi di situ kata kawan kami lebih murah dan berpatutan harganya. Kami pulang ke hotel dan berehat kerana esok pagi kami mahu ke pulau. Yeaaaaayyyyy!!!!mari berenang bersama ikan....

Hari Keempat
     Arrrgghhhh kami lambat lagi, sebab masing-masing gatal tidur semula selepas Subuh. Kami ke Pizza Hut, membeli bekal untuk dibawa ke pulau, tiba di Jesselton Point, kami bergegas membeli tiket untuk ke 3 buah pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Dalam jam 12.30tghari bot kami tiba, kami perlu berbincang dengan pemandu bot untuk transit antara satu pulau ke pulau yang lain. Kami membuat keputusan untuk lama di Pulau Mamutik kerana menurut kata rakan-rakan pulau nie yang paling cantik. Seronok sangat, sebab dapat snorkeling. Mula-mula en.suami sangat takot nak ke tengah laut untuk snorkeling sebab dia takut kaki tak jejak tanah. Tapi lama-lama, dia dah biasa, sudah tidak menjadi masalah lagi. Cantik ikan-ikan di sini. Pemandu bot berjanji mengambil kami jam 4ptg, sedang menunggu tu snorkel en.suami yang untuk bahagian bernafas melalui mulut terlerai dan jatuh di tengah2 laut yang dalam. Sebab kami menunggu di atas jeti yang dah di tengah laut. Apa boleh buat, bayar je la...Tapi tengok duit, cuma tinggal RM10, Ya Allah...so kami ambil keputusan untuk beritahu kami akan balik ke hotel untuk ambil duit dan membayar balik. Tetapi Allah permudahkan urusan kami, pemandu bot itu kata tidak mengapa sebab dia tidak boleh tunggu di situ sebab banyak lagi trip pelancung lain perlu diambil. Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami berikan pizza yang masih banyak lagi untuk dia. Bersei-seri muka adik pemandu bot tu. Alhamdulillah....

 Jesselton Point...pintu masuk...

 kalau malam mesti happening kat sini kan....

 deretan bot untuk ke pulau2...boleh pilih nak pergi pulau mana...

salah sebuah pulau...

     Kami pulang ke hotel dengan tergesa-gesa untuk check-out. Saya dah maklumkan kami akan lewat keluar dalam jam 6ptg. Selesai urusan solat semua, kami terus keluar. Untuk kereta sewa kami, saya sudah berjanji juga untuk pulang lewat jam 6ptg di AirAsia airport. Selesai hantar kereta, kami berehat menunggu untuk berlepas pulang ke semenanjung. Sempat berjumpa kawan lama kami dan bersolat di KK airport sebelum penerbangan ke KL. Banyak kenangan pahit dan manis, pertama kali travel berdua. Semasa berkawan dulu pun kami tidaak pernah travel bersama. Jadi ini memang honeymoon kami. Alhamdulillah, bila travel bersama ni banyak belajar mengenai en.suami. Terima kasih Ya Allah beri kesempatan kepada kami untuk menikmati keindahan alam ciptaan Mu...

Maaf, trip ni dah lama sangat namun kenangan memang tidak kami pernah lupakan...dan dalam perjalanan balik tu, saya pula cirit-birit tapi tidak muntah-muntah.

1 comment:

  1. Salam,

    Nak tnya, hotel yang last day tu u check in kt mane...boleh check out lambat tu..

    I plan nak pegi cuti sane bulan 1 nanti..

    Tq :D

    ReplyDelete